Sunday, July 17, 2011

em... BERSIH 2.0

Ini hanyalah cebisan pendapat seorang yang tidak berpengalaman dan tidak fasih tentang perkembangan politik dan duniawi, tetapi mampu bersuara menyatakan apa yang dirasa. *Kebebasan bersuara*

          Bersih 2.0 tidak dapat dinafikan lagi memberi impak yang amat besar, dan membuka mata masyarakat tentang dominasi pihak kerajaan yang jelas mencabuli perlembagaan negara sepertimana yang termaktub. Kecelaan dalam sistem pentadbiran negara dapat diukur dan dinilai berdasarkan "perkara" yang telah terjadi. Tindakan polis amatlah cekap JIKA peserta Bersih 2.0 itu tergolong daripada komunis dan penjenayah. TETAPI mereka hanyalah rakyat, rakyat biasa yang menegakkan keadilan, yang cintakan keamanan. Di manakah logik orang yang inginkan keamanan akan berbuat kekacauan?

          Sepertimana yang dilaporkan media, beberapa minggu sebelum Bersih 2.0, sesetengah pihak ditangkap berserta sebilangan parang dan senjata. TAPI, pada 09/07, dapat dilihat langsung tidak cuba mencetuskan situasi tegang walaupun dalam situasi yang boleh dikatakan terdesak. Mungkin tindakan sesetengah pihak menendang trak water-cannon polis dianggap kasar, tapi protes tersebut dianggap rasional dan wajar kerana tanpa soal siasat, tanpa rundingan atau tanpa sebarang amaran, mereka menembak peserta Bersih 2.0 secara membuta tuli.

          Cara tembakan gas pemedih mata juga sangat rambang seolah pihak berkuasa tidak terlatih. Malah, tembakan yang disasarkan juga seakan-akan mereka menyasarkan tepat kearah peserta Bersih 2.0. Lahir keraguan terhadap profesionaliti "pihak" tertentu dan hal ini jelas dapat diamati melalui tindakan yang dilakukan. Banyak jika hendak dinyatakan kesemuanya disini, tetapi apa yang pasti, mereka hanya menjalankan tugas yang diberi oleh "pihak atasan" dan patuh kepada "ikrar taat setia". Seolah-olah lembu ditarik si pengembala, begitulah taatnya "pihak" berkenaan.

          Persoalan lain pula adalah, kita hendak menggulingkan "ahli politik" untuk digantikan dengan "ahli politik" yang lain? Apa jaminan kukuh yang menyatakan "ahli politik" yang bakal menggantikan "ahli politik" sedia ada akan mewujudkan pentadbiran yang lebih baik? Tidak bolehkan kita menobatkan seorang ilmuan untuk memimpin kita? Perlukan gugusan menteri dan kabinet dimandatkan kepada para ilmuan? Ambil contoh ketika kita dibawah pucuk pimpinan Tun Dr. Mahathir, seorang yang cukup berilmu. Bukankah wujud satu jurang beza yang amat ketara jika kita mahu bandingkan dengan pentadbiran "sekarang"?

          Tidak dapat tidak dapat dirumuskan bahawa Bersih 2.0 membawa pengajaran yang amat berguna kepada masa depan negara dan rakyat. Setiap butiran haruslah diambil kira tanpa manipulasi, tokok-tambah atau pengaruh daripada mana-mana pihak baik pro-kerajaan atau pembangkan. Tiada guna bertelagah sesama sendiri dan masing-masing cuba menegakkan benang yang basah andai suara tidak bergema ke telinga para pemerintah. Diibaratkan seperti yang pekak hendar menegur si bisu bercakap, dan yang buta mahu menunjuk jalan kepada yang sesat, begitulah gambaran yang sewajarnya. Kita lantang bersuara disebalik nama samaran, bersembunyi lagi berpayung di bawah blog, Facebook, forum perbincangan menentang ketidakadilan, di alam maya. Tetapi di alam nyata, majoriti hanya berpeluk tubuh. 

          Seperkara lagi, saya tidak rasa hinaan dan cacian terhadap Datuk Seri Najib adalah perlu. Sebagaimana yang sesetengah pihak menukarkan nama dia(beliau) kepada Najis, superimpose, edit dan shop gambar yang agak ketara dan keterlaluan dari sudut etika dan sebagainya. Mengutuk dan menghina seseorang adalah perbuatan yang jelas lagi bersuluh sebagai bodoh. Saya tidak menyatakan bahawa saya berpihak kepada dia(beliau), tetapi dalam masa yang sama, saya tidak menyatakan saya berpihak kepada pembangkang. Semua orang dilahirkan bodoh. Mereka yang cerdik adalah mereka yang pandai menyembunyikan kebodohan mereka. Jangan la kita tunjuk kebodohan kita sebagaimana yang dilakukan oleh "mereka". ;)






Suara hati rakyat yang terbuku dan terpendam:

"Mulut ahli politik skarang ni kan, macam mulut budak2 zaman sekarang. Semakin hari semakin kurang asam, cakap ikut sedap lutut dia je.. Mau aku rase nak lempang laju2."

"Peniaga rugi RM40 billion time Bersih 2.0 tu? Meniaga kapal selam ke ape? Petronas duk jaja minyak serata benua setahun baru dapat RM30 billion, ni kan plak makcik2 dengan anney yang jual karipap ngn roti canai.. Agak-agak la nak kuarkan statement pun.."

"Dia lari kecut pergi nyorok kat Putrajaya, time Bersih 2.0 habis, lantang pulak di bersuara.. Macam anjing sakit, time duk jauh menyalak kemain lagi, time orang pergi dekat, menyendeh2 buat muka kesian."

"Ada pat lima gulung PhD belum tentu dapat jadi professor. Tapi ni ada ijazah dapat jadi Menteri. Patut nye bagi jawatan menteri ni kat ORANG CERDIK la, ni bagi kat yang x berapa tinggi pendidikan nya.. Nak tadbir negara, tapi ilmu cetek. Orang bagi pendapat, x terima. Orang semua salah, dia je betul. Tu la kan cara orang cetek ilmu kann.."

"Gas pemedih mata tu kimia kuat, basuh dengan air garam pun rase lagi pedih. Lagikan kena percikan bawang kita rasa bagai nak pecah mata, orang yang tak kena tu reti cakap je, cuba kau tenyeh cili dalam mata tu nak tau macam mana kami rasa."

"Ape nak heran, keganasan polis ada dimana-mana."

"Polis yang kena kerah pergi buat ops ni yang lepasan-lepasan SPM je pun. Underachiever. Nak tanya pendapat diorang? Hek eleh.. Kita boo sikit kat diorang pun dah kena tangkap pukul gari.. POMPUAN yang jalan patuh arahan, senyap pun bleh plak dia sound bagai macam kita ni lembu. Tak tahan nye lembu pun diorang x buat camtu.."





"Andai suatu hari aku terlihat seorang polis membuka uniformnya mematahkan ikrar yang dilafazkan dahulu, demi menegakkan kebenaran, akan ku pertahankannya, akan ku junjung namanya, rela ku berjalan dihadapannya menadah segala halangan, kerana kemuliaannya mempertahankan kebenaran adalah tidak ternilai dan tidak terbatas, dan sememangnya dia adalah WIRA BIRU kami.. Akan tetapi keyakinanku tercalar, keyakinanku pudar, keyakinanku tidak kukuh untuk menbisikkan kehatiku bahawa 'insan' ini cukup berani untuk tampil kehadapan, melangkah gagah tanpa menghirau ancaman dan keganasan, semata kerana keamanan.."




"We're not always right."


ngepau dari member ak

No comments:

Post a Comment